Pakaian muslimah seperti baju kurung kedah, amat popular dikalangan wanita di negeri Kedah. Ini kerana potongan dan rekaan baju kurung kedah berasal dari negeri Kedah. Pemakai baju kurung ini menampakan ciri-ciri wanita dari negeri Kedah. Bukan wanita negeri Kedah sahaja yang memakai baju kurung ini, malah wanita dari negeri lain di malaysia juga memakai baju kurung jenis ini.
Pakaian muslimah seperti baju kurung kedah ini juga seperti baju kurung jenis yang lain kerana dikenakan dengan pelbagai corak dan warna. Corak yang selalu digunaka bermotifkan bunga-bungaan, daun dan rama-rama. Warna yang digunakan adalah terang dan tidak terang mengikut citarasa pemakai. Baju kurung ini biasanya dipakai bersama tudung dengan pelbagai jenis tudung, seperti tudung bawal.
Pakaian muslimah seperti baju kurung kedah ini boleh didapati atau dibeli di kedai-kedai pakaian, pasar malam, uptown dan banyak lagi dijual di tempat lain. Untuk mendapatkan baju kurung kedah ini dengan cepat dan segera, boleh dibeli di kedai-kedai atau tempat-tempat yang dinyatakan tadi. Ada juga yang gemar membuat tempahan, kerana ia lebih selesa dipakai. Dengan membuat tempahan baju dipotong mengikut ukuran badan si pemakai membuatkan ia lebih selesa dan sedap apabila dipakai. Baju kurung kedah adalah salah satu daripada jenis pakaian muslimah.
No comments:
Post a Comment